Rabu lepas, aku dengan 3 lagi classmate berpakat nak pergi tukar IC.
Aku, Leena, Insyirah & Ain. Dayah taknak. Nak tukar kat Manjong jugak. Takmo Pahang! :P
IC 12 tahun still lagi jadi simpanan.
Sayang bebenor dengan muka budak2 itu sampai tak nak tukar. HAHA
Tapi sebabkan sekarang ini, dah diwajibkan umur 18-25 tahun tukar IC baru, kenalah tukar.
Kalau tak, kena denda nanti.
Baik bayar RM 10 dari kena denda ntah bayar berapa gaknya.
+Owh, bye2 muka Darjah 6. Sob3x+
Dalam 1pm kami ke KHEDN Indera Mahkota.
Ambik nombor. Aku nombor 4302.
Tengok skrin macam jauh lagi nombor tapi takde lama sangat nak tunggu.
Dalam 10 minit, tak sampai kot, 4302 kaunter 12.
Berurusan dengan kakak cantik itu sekejap pastu tunggu lagi untuk ambik gambar.
Ha, part ambik gambar ini lama sikit menunggunya. Jenuh lah jugak.
Tiba giliran aku, sampai kaunter,
'nanti awak pergi tukar tudung dulu pastu datang balik.'
Sebabkan aku pakai tudung kelabu, hampir sama dengan latar, kenalah tukar tudung.
Nasib salah sorang classmate aku, pakai tudung hitam. Minta tukar jap.
Kalau tak, pakailah tudung ustazah atau tudung indon itu. Adoiii!
Dah ambik gambar, kira siaplah.
Jadi pendatang sementara 2,3 hari sebab guna IC sementara. Kuikui ~
Semalam, Jumaat aku pergi lagi, nak ambik IC lah.
Wow! Penuh excited weh nak tengok IC baru.
IC yang penuh canggih itu. HEHE
Giliran aku 3345. Kaunter 17.
Bagi IC sementara & slip pastu scan cap jari, terus dapat IC baru.
Ehem! Taraaaa ~
Yeay!! Dah dapat IC baru.
Comey sikit dari IC 12 tahun. Perasan!!! :P
Suka. Suka. Suka. Tak sememeh dah.
& dah boleh mengundi. Tak kena reject dah. Ngeh3!
So, settle dah tukar IC.
Tinggal nak buat pasport je.
Senang nanti nak pergi Singapore & Indon.
Eh, bukan. Senang nak ikut bakal tunang balik Madrid. #Eh! :P
Mana2 yang belum tukar IC itu, cepat2 okeh.
Kang kena denda pulak.
Takpun takleh mengundi kang, nangis. HEHE
Bukan susah & lama pun. Tak sampai 1 hari prosesnya.
Tapi nak tunggu siap itu lama. Lebih dari 1 hari. :P
p/s: Dah tukar IC ini, takde malu sangat nak kawen nanti. Takde tok kadi ketawakan muka aku. HAHA
~PASNI URUSAN PEMBAYARAN SEMUA IC JELAH! TAKYAH BAWAK CASH LAGI. :P~






2 ♥ me with mesut Özil:
amboii jauhnya pk psl tok kadi gelakkan semua..hahahaa ;p
ira br tukar last year ms kat IPG so ira mls nk tukar lagi..hee..muka mmg muka skang la..bkn muka 6thn..heee..tp sbb tahun ni br wat ada 2 gambar, 1 kecik 1 besar so mls laa..hee..guna je y tu..
lain kali pkai tdung maroon ke hijau pekat ke..hee..ira pkai tudung maroon..:D
@Juliet_iRa~"
HAHA. mle2 fza xmo bt, 2 pki tudung grey. ps2 kwn2 rmi nk g bt, bt jelah. dh alang2. nnt mls nk keluar lg. HEHE
owh, kl gitu xyh tkr pun xpe lg. sbb br lg kan thn lps. ada mmbr pun JPN ckp xyh tkr lg sbb mmg br. ok lg kot 2.
Post a Comment