I ♥ Me..
I ♥ Mesut Özil.. I ♥ Real Madrid..
I ♥ Malaysia.. I ♥ Harimau Malaya..
I ♥ Football.. I ♥ You All..

There’s is nothing special about me. If you think you know me, read my blog and enjoy it.
I’m imperfect & I’m lovin’ it! I’m the only witness & the only person who can judge my life!
Happy reading..

Monday, February 27, 2012

GELARAN & KEUNIKAN DIRAJA JOHOR

Dari kiri:
YAM Paduka Putera Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail Ibni Sultan Ibrahim (1990)
YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim (1987)
DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (1984)
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah
YAM Paduka Puteri Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Sultan Ibrahim (1986)
YAM Paduka Putera Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim (1993)

Depan:
YAM Paduka Putera Tunku Abu Bakar Mahmod Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim (2001)

Melalui Pekeliling 16/2/2011,
Kerajaan Johor telah memaklumkan berkaitan penggunaan Gelaran Diraja Johor.
Berikut merupakan isi kandungan Pekeliling tersebut.

Diharap semua mengambil cakna terhadap Pekeliling ini.
Agar tiada penggunaan yang salah dilakukan samada dalam penulisan mahupun percakapan.

Next. Setelah gelaran, aku nak share tentang keunikan Diraja Johor ini.
Yang uniknya tentang kerabat Diraja Johor dan negeri Johor ini adalah di mana:
  1. Setiap kali sebelum pembubaran parlimen untuk pilihanraya umum, Perdana Menteri akan berangkat ke Istana Bukit Serene untuk mengadap Sultan Johor. Perdana Menteri tidak ke Kelantan, Kedah atau negeri2 lain yang mempunyai Sultan.
  2. Jikalau negeri-negeri lain memanggil Dewan Undangan Negeri tetapi tidak bagi negeri Johor apabila ia dipanggil Dewan Negeri sahaja. Sebabnya apa? Sebabnya ia ditubuh sebelum daripada kemerdekaan iaitu tahun 1957. Apa yang disebaliknya? Ini menunjukkan pemerintah negeri Johor pada masa itu, mempunyai kuasa untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dan membuat keputusan sendiri tanpa perlu merujuk kepada British. Negeri-negeri lain pula, Dewan Undangan Negerinya ditubuhkan selepas kemerdekaan.
  3. Setiap kali Perdana Menteri Singapore bertukar, lawatan pertamanya ke luar negara pastinya akan tertumpu kepada pertemuan dengan Sultan Johor. Bukan ketua negara-negara lain.
  4. Beberapa isu tambak johor, pulau pisang, perjanjian air Malaysia dan Singapura yang tergantung selama ini. Belum disentuh lagi perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1949 dan juga Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang turut ada ceritanya melibatkan kerajaan Johor pada masa itu.
  5. Johor adalah negeri dalam Tanah Melayu yang pertama memiliki pasukan tentera modennya sendiri dan satu2nya institusi pasukan tentera yang tertua dalam Malaysia dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini. Pasukan tentera tersebut di panggil Askar Timbalan Negeri.
  6. Bagusnya tradisi Sultan Johor, baginda akan turun untuk 'berkhutbah' kepada rakyat ketika hari Jumaat. Kebanyakan imam sekarang membaca khutbah yang mana teks telah ditulis siap oleh Majlis Agama.
  7. Sekarang ini, dikatakan Sultan Ibrahim tidak lagi menggunakan karpet kuning untuk tujuan turun mencemar duli. Dalil dan sebabnya mudah sahaja: 'Sultan Ibrahim kata tukar karpet warna biru supaya mudah nak maintenance. Kalau karpet kuning, pijak mudah kotor. Lagi satu kalau betul kita hormat warna kuning itu warna kebesaran diraja, mengapa perlu dipijak?"
Waa, rasa terharu dengan Raja sendiri. HEHE
Lain dari yang lain dari negeri2 kebanyakkan di Malaysia.
Itu baru sikit, banyak lagi keunikkan baginda & keluarga.
Tak dapat nak listkan panjang2 kat sini. Cari sendirilah ye. HEHE

Bagusnya Sultan & kerabat Johor ini.
Beruntung rasa duduk dalam pemerintahan baginda. :)

p/s: Selalu nampak TMJ & YAM Tunku Aminah dengan kereta masing kat JB itu. Kadang2 jakun sekejap!

~DAULAT TUANKU~

Photobucket

4 ♥ me with mesut Özil:

Myzatul FarahinSatimin said...

gud info!!

sitinuraffizza said...

@Myzatul FarahinSatimin
bestkan jd rakyat Johor! HEHE

Juliet_iRa~" said...

wahhh uniknya..kenapa yea fiza PM akan mengadap sultan johor b4 pembubaran?

selalu nmpk diorang dlm kereta?hee..msti kereta y wowwwwww kan..ngeee

untung Tunku Aminah sorang je ppuan..hee..msti manja..:D

sitinuraffizza said...

@Juliet_iRa~"
ha, 2 fza xpasti knp PM kne ngadap sultan johor dl. HUHU
aah. sll nmpk. tp fza xknl sgt no plat kreta mreka. sll ayh yg gtau.
'ha, 2 TMJ'. xpun. 'ha, 2 ank pempuan sultan'..gitulah. HEHE. biasalah. kereta mmg dabooommm pnye! kuikui ~
xtaulah. tp tunku aminah ada ckp, parents dyorg lyn sm rata je. ajar cara hdp pun cra hdp org biasa. xde kne escort polis ke pe. jz sultan je bole ada polis. lain2 peraturan kne iktlah. low profile. Alhamdulillah. :)